Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah mengharapkan agar persidangan UMNO kali ini dapat membina kembali kekuatan parti tersebut.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata demikian sempena Hari Persidangan UMNO Cawangan Seluruh Negara yang berlangsung dari 1 Februari sehingga 26 Februari tahun ini.
“Kepada semua Pimpinan dan Ahli UMNO di semua peringkat. Saya ucapkan Selamat Bersidang.
“Mari jadikan Persidangan UMNO kali ini ruang untuk kita membina kekuatan UMNO. UMNO mesti diperkukuhkan agar terus diyakini ahli dan rakyat,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.
Dalam masa yang sama, beliau juga mengharapkan agar persidangan kali ini dapat membawa satu imej yang baik kepada UMNO.
Sumber: https://www.bnnewsonline.com/jadikan-persidangan-ruang-bina-kekuatan-umno-shamsul-anuar/