Jabatan Imigresen Mampu Capai Sasaran Hasil RM5 Bilion

June 23, 2023

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen diyakini mampu mencapai sasaran kutipan hasil RM5 bilion pada tahun ini setelah berjaya menyumbang sebanyak RM2.65 bilion kepada hasil negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kutipan hasil yang dijana jabatan itu sudah pastinya dapat digunakan oleh kerajaan dalam merangka pelbagai agenda kebajikan kepada rakyat.

Pada masa sama, beliau memaklumkan sejumlah 1,379,338 permohonan pengeluaran pasport telah diproses di seluruh sehingga 31 Mei lalu dengan 515,762 daripadanya adalah melalui permohonan secara atas talian.

“Selain daripada itu, tugas-tugas lazim berkaitan penguatkuasaan undang-undang terus dilaksanakan dengan sehingga 21 Jun, sebanyak 4,029 operasi pemeriksaan telah dilaksanakan di seluruh Malaysia. Melalui operasi dilaksanakan, seramai 45,063 orang warga asing telah diperiksa.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dibuat, seramai 10,662 orang warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan. Antaranya termasuklah kesalahan seperti salah guna pas, tinggal lebih masa dan berada di dalam Malaysia tanpa memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Shamsul Anuar merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 Jabatan Imigresen Zon Tengah yang menyaksikan seramai 151 orang penerima terdiri daripada pegawai-pegawai dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur diraikan dalam majlis itu.

Menurut Shamsul Anuar, beliau dimaklumkan bahawa setakat 20 Jun lalu bahawa jumlah pendatang asing tanpa izin berada di depot-depot tahanan imigresen seluruh Malaysia adalah berjumlah 11,812 orang.

Katanya, proses penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin sentiasa dilaksanakan sepanjang tahun dan berdasarkan rekod dengan seramai 21,572 orang telah dihantar pulang ke negara asal.

“Semua statistik yang telah saya sebutkan ini menunjukkan semangat dan sikap dedikasi yang telah ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen terhadap tugasan yang telah diamanahkan.

“Namun demikian, saya percaya masih banyak lagi ruang dan peluang bagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan yang boleh diteroka oleh pihak Jabatan Imigresen sesuai dengan visinya iaitu ke arah penyampaian perkhidmatan imigresen bertaraf dunia menjelang 2025,” katanya.

Tambah beliau, warga imigresen terus memberikan komitmen di sebalik cabaran yang sentiasa datang serta ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/06/jabatan-imigresen-mampu-capai-sasaran-hasil-rm5-bilion/

MalaysiaPost: https://malaysiapost.com.my/2023/06/23/jim-menyumbang-rm2-65-bilion-hasil-negara/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help