Isu Bendera: PERATURAN MESTI DIPATUHI.
“Dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia ketika saya menjawab soalan daripada YB Ahli Parlimen Kuantan, saya sebut:
….. BAHAWA KDN SEBENARNYA MENGAMBIL MAKLUM BAHAWA SEBAHAGIAN BESAR KES PEMASANGAN BENDERA TERBALIK ADALAH AKIBAT KECUAIAN DAN BUKAN NIAT UNTUK MENGHINA INI FAKTA YANG PDRM ADA….. Ini bermaksud terdapat juga yang melakukannya dengan sengaja atau menyalahi peraturan.
Dan berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga , jumlah kes yang melibatkan pemasangan bendera Malaysia secara salah atau terbalik yang disiasat di seluruh negara sejak tahun 2022 hingga 2025 adalah sebanyak 22 kes. Statistik kertas siasatan dan pertuduhan adalah seperti yang berikut:
(i) Pada tahun 2022 tiada kertas siasatan yang dibuka;
(ii) Pada tahun 2023 sebanyak 2 kertas siasatan telah dibuka.
(iii) Pada tahun 2024 sebanyak 3 kertas siasatan telah dibuka.
(iv) Pada tahun 2025 sebanyak 17 kertas siasatan telah dibuka.
Maka ditegaskan, sesiapa juga yang secara sengaja melakukannya dengan niat untuk menghina Bendera Malaysia atau melakukan kesalahan. Mereka tidak akan terlepas dari tindakan undang undang.
Kita sangat bertegas dalam perkara ini kerana Bendera adalah lambang kedaulatan negara.


