IRON BOUND Edisi 11 Lenggong

December 9, 2021

(18 – 19 Disember 2021)

Kejohanan Sukan Lasak Antarabangsa Berprofil Tinggi akan adakan di Lenggong. Sukan Lasak berkonsepkan Sukan Pelancongan amat sesuai dilakukan di Lenggong.

Keadaan mukabumi, dan alam semulajadi Lenggong yang diliputi sungai, tasik, air terjun, gua, bukit bukau, hutan yang menarik sangat sesuai diadakan aktiviti sukan lasak dan sebagainya.

Lenggong pada 2012 telah diiktiraf sebagai Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dan akan diistihar Geopark Lenggong tidak lama lagi. Kemudian 2023 boleh diangkat sebagai Lenggong Global Geopark.

Saya percaya IRON BOUND siri 11 LENGGONG mempunyai kekuatan untuk membantu melonjakkan nama Lenggong. 150 Pasukan akan menyertai acara ini yang melibatkan 300 peserta. Paling menarik acara ini melibatkan pelbagai disiplin iaitu OREINTERING ( NAVIGASI KOMPAS , BAMBO RAFTING, TRAIL RUNNING, MOUNTING BIKING, STANDING UP PADDLING, ABSEILING ( HIGH ROPING ) pelumba akan melalui semua disiplin.

Sangat mencabar. Menarik untuk ditonton. Bagi Ketegeri KELAS TUMPO iaitu Kategori Elit Pasukan akan berlumba 12 JAM TANPA HENTI. Manakala KELAS JENOH ( Kategori Adventure ) ia melibat perlumbaan 6 JAM TANPA HENTI.

Hari ini saya bersiaran secara langsung bersama Saudara Shamsuri Abd Latif , Presiden Persatuan Sukan Orienteering Malaysia di Selamat Pagi Malaysia RTM berkenaan Siri Iron Bound – Edisi 11 yang akan berlangsung di Lenggong.

MENARIK. Mari Saksikan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help