Inisiatif Program MEKAR Pastikan Tiada Rakyat Tercicir Nikmati Kelebihan MyKad – Shamsul

October 25, 2025

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, menghadiri Program MEKAR Komuniti sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara 2025 yang diadakan di Kampung Sri Darun, Lahad Datu, Sabah.

Program anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ini memberikan peluang kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan penting seperti permohonan dan penggantian MyKad, cabutan sijil lahir serta khidmat nasihat pendaftaran tanpa perlu ke pejabat JPN.

Inisiatif MEKAR dilaksanakan secara berterusan di seluruh Sabah bagi memastikan tiada rakyat tercicir untuk menerima hak dan kemudahan asas termasuk manfaat inisiatif BUDI95 yang memerlukan pengesahan cip MyKad aktif.

“Saya bersama dalam Program MEKAR JPN Sabah di Kg Ulu Teburi DUN Tungku Lahad Datu Sabah.

“Selain Pengarah JPN Sabah, bersama saya juga YDH DCP Datuk Victor B Sanjos Komanden ESSCOM, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu menyampaikan dokumen kelahiran kepada individu, yang tiada dokumen pengenalan diri kerana ‘Daftar Lewat’.”

Setakat ini, JPN Sabah telah melaksanakan lebih 130 program MEKAR dengan ribuan penduduk menerima dokumen pengenalan diri dan khidmat nasihat.

Kementerian Dalam Negeri terus komited untuk memperluas akses perkhidmatan kepada rakyat, khususnya di kawasan pedalaman, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help