Hormati Keputusan UMNO Tidak Mahu Bekerjasama Dengan Anwar, DAP & Bersatu

June 22, 2022

Hormati keputusan UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Anwar, DAP, dan Bersatu.

Itu ketegasan daripada Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah bagi membidas kenyataan pihak PAS yang menyatakan kerjasama bersama PN atau Muafakat Nasional (MN) tetap diteruskan jika UMNO degil.

“PAS perlu belajar hormati keputusan dan pendirian UMNO. PAU 2020 telah buat keputusan ‘No Anwar, No DAP, No Bersatu’,” kata Shamsul Anuar menerusi posting di Facebooknya.

PAS yang menyifatkan UMNO sebagai degil kerana tidak mahu meneruskan MN setelah tamat pada 31 Julai ini ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri kerana hakikatnya mereka yang terus berdegil untuk tidak menghormati pendirian UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Anwar atau MN.

Shamsul Anuar menekankan pendirian UMNO tidak boleh berterusan dipaksa untuk menerima mana-mana nama atau persatuan yang dinyatakan seperti mana tiada paksaan untuk PAS untuk menerima bekerjasama dengan Amanah.

Kenyataan beliau mendapat dukungan daripada orang ramai di ruangan komen posting berkenaan.

“PAS hanya berpolitik, hanya fikir pasal kuasa yang bakal terlepas. Sebab itu mereka risau.

“PAS kata UMNO degil, bukankah UMNO mengajak PAS bersama UMNO semasa PRN Melaka dan ditawarkan 5 kerusi tapi PAS tidak mahu dan memilih bersama PN. Siapa yang degil sebenarnya?” demikian antara komen netizen yang dipetik dari ruangan komen.

Sebelum ini, akar umbi UMNO telah sebulat suara untuk tidak meneruskan MN setelah PAS secara diam-diam menjalinkan kerjasama dengan Bersatu dan sekaligus menjadikan PAS pihak yang melanggar perjanjian asal MN tersebut.

Ketegasan daripada Shamsul Anuar ini juga adalah menjadi benteng untuk mempertahankan UMNO daripada terus menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai kepentingan diri sendiri disamping bertujuan memburukkan UMNO di mata rakyat.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/hormati-keputusan-umno-tidak-mahu-bekerjasama-dengan-anwar-dap-dan-bersatu/

Malaysiapost: https://malaysiapost.com.my/2022/06/21/pas-perlu-belajar-hormati-pendirian-umno/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help