Hari Tapir Sedunia

April 27, 2021

Perutusan saya sempena Hari Tapir Sedunia (World Tapir Day) 2021.
.
27 April 2021 merupakan Hari Tapir Sedunia atau World Tapir Day disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memulihara spesies Tapir dan habitatnya di seluruh dunia.
.
Tapir Malaya merupakan spesis ikonik di Malaysia. Tapir Malaya merupakan hidupan liar yang Dilindungi Sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Di peringkat antarabangsa, Tapir Malaya merupakan spesies yang terancam (endangered species) dalam senarai International Union for Conservation of Nature (IUCN) Red List of Threatened Species dan Redlist of Mammals for Peninsular Malaysia 2017.
.
Marilah kita berganding bahu memperhebatkan usaha dalam memulihara Tapir Malaya bagi memastikan kelangsungan spesies unik ini.
.
SELAMAT MENYAMBUT
HARI TAPIR SEDUNIA 2021
.
#HariTapirSedunia
#WorldTapirDay
#UMNOBN #teamDSAN #lenggong #rumahtiang16

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help