Hari Kebangsaan 2022 Mukim Kenering
Hari ini saya memilih untuk merayakan Sambutan Hari Kebangsaan di Mukim Kenering dalam Kawasan Parlimen Lenggong yang saya wakili dan tidak ke acara rasmi sambutan di tempat lain.
Saya mahu bersama masyarakat @ rakyat di Lenggong yang saya wakili.
Biar tiada persiapan sehebat sebagaimana acara di peringkat kebangsaan , negeri atau daerah namun Kemeriahannya sangat terasa.
Paling utama semangat kesukarelaan, perpaduan, kesungguhan dan keikhlasaan daripada Pengerusi, Urusetia, serta semua kotingen dan peserta yang terlibat.
Mereka bersemangat menghiaskan pasukan masing masing dengan bergaya menggunakan apa yang ada.
Membanggakan kerana semangat mereka demi merayakan Hari Kebangsaan.
38 Kontijen dari 3 Katogeri terlibat iaitu 12 daripada kampung-kampung dan 3 FELDA, 13 Sekolah TABIKA KEMAS , 7 buat Sekolah, Pasukan RELA dan pelbagai pihak lain.
Tahniah kepada Penghulu Mukim Kenering dan semua pihak yang terlibat.
Saya bersama Ketua Puteri UMNO Perak, En Isa Mat Dom, En Ali Noor Hasaan dan ramai lagi hadir meraikan acara ini.