Pasti menjadi harapan saya, UMNO kembali kuat dan dihormati sebagaimana sebelumnya. Ini juga harapan semua ahli.
Kekuatan itu bermaksud UMNO kembali diterima bukan sahaja oleh ahli tetapi yang penting ialah rakyat. Penerimaan rakyat terhadap UMNO penting kerana rakyatlah penentu kepada masa depan UMNO.
Maka, pimpinan yang dipilih nanti diharap adalah barisan yang benar benar pejuang tulen parti, agar mereka mampu pertahankan parti dan tidak ada lagi perpecahan pimpinan dalaman yang merugikan parti.
UMNO tidak lagi boleh memaparkan imej yang buruk dimata rakyat akibat ketidaksepakatan dikalangan pimpinan. Jangan ada lagi pemimpin yang tidak mengutamakan parti dalam perjuangannya.
Agenda peribadi atau agenda parti lain tidak boleh lagi wujud dalam pimpinan yang akan dibentuk.
Harapan saya UMNO akan dilihat jitu dan padu selepas ini. Dan penting kepada rakyat dan negara ini.