Gunakan Masa Yang Ada Terus Dekati Pengundi Muda

November 11, 2022

LENGGONG — Pengundi muda adalah bijak dan mereka hanya perlu didekati dan diberikan penerangan selengkapnya supaya boleh membuat keputusan dalam memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengundi muda memainkan peranan penting dan penyumbang kepada sesuatu keputusan.

Mereka juga berperanan menentukan nasib seseorang calon yang bertanding dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada 19 November ini.

Katanya, calon dan jentera parti perlu bijak mendekati golongan ini dan tidak boleh mengambil mudah.

Justeru, penyandang kerusi Parlimen Lenggong itu berkata, peluang yang ada, perlu digunakan seluas-luasnya bagi mendampingi pengundi muda.

“Mereka boleh didekati menerusi penganjuran aktiviti belia, pertukaran maklumat dan pandangan mengenai isu semasa, penganjuran program sukan, aktiviti pelancongan dan sebagainya,” katanya,

Sementara itu Shamsul Anuar tidak menggangap tugasnya mempertahankan Parlimen Lenggong sesuatu yang mudah biarpun dilabel sebagai kubu kuat BN.

Beliau sebaliknya akan terus bekerja keras dengan menemui pengundi seramai mungkin dalam tempoh berkempen sebelum hari pengundian nanti.

“Rakyat perlu mengundi BN pada PRU15 ini supaya negara terus maju dibawah sebuah kerajaan yang stabil dan membawa kemakmuran dan bukannya di bawah pemerintahan sebuah kerajaan yang gagal dan merugikan negara seperti dirasai sewaktu era pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan,” katanya.

Parlimen Lenggong menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Jurey bakal berdepan dengan calon PN, iaitu Muhamad Rif’aat Razman (PAS) dan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO).

Seramai 36,950 pengundi berdaftar layak mengundi di Parlimen Lenggong pada PRU15 ini.-MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/11/11/gunakan-masa-yang-ada-terus-dekati-pengundi-muda-shamsul-anuar/

Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/902455/pengundi-muda-semakin-bijak-mereka-tentukan-nasib-calon-pru-15
Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/230661/berita/politik/pru15-jangan-pandang-mudah-pengundi-muda
Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-politik/pengundi-muda-akan-mainkan-peranan-penting-dalam-pru15-shamsul-anuar-390814
Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2022/11/11/pru15-bukan-mudah-lenggong-perlukan-bn/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help