Geotapak Mata Air Telaga Biru Di Kg Chepor

October 2, 2021

– Kawasan ini akan dijadikan menarik –

Geotapak Mata Air Telaga Biru diwakili oleh beberapa telaga di kawasan sekitar Kampung Chepor. Telaga ini telah digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai sumber air untuk kegunaan berkaitan kesihatan. Mata air ini berwarna kebiruan dan sentiasa mengalir (seperti mendidih) menyebabkan komuniti tempatan mempunyai kepercayaan misteri mengenai sumber air ini.

Mengikut pemerhatian masyarakat setempat fenomena kemunculan buih mempunyai kaitan dengan aktiviti gempa bumi di Sumatera.

Komposisi air terdiri daripada asid bikarbonat, kalsium, kalium, natrium, sulfat, klorida, florida dan sedikit ferum dengan pH pada 7.6 dan suhu 26.7°C. Oleh kerana sumber air muncul jauh dari dalam tanah, ketiadaan sedimen terampai dan kejernihan menyebabkan air kelihatan berwarna biru.

Telaga mata air ini berada pada jalur Sesar Bok Bak yang berarah barat laut – tenggara yang memotong kubah granit Chepor. Mata Air Telaga Biru mempunyai kepentingan saintifik yang tinggi bertaraf kebangsaan kerana ia membuktikan bahawa Sesar Bok Bak bukan hanya satu jalur utama tetapi terdiri daripada beberapa beberapa jalur yang selari antara satu sama lain. Telaga ini telah digunakan sebagai sumber air istimewa untuk kesihatan dan sesuai dibangunkan sebagai tapak pelancongan rekreasi.

SUMBER : Jawatankuasa Saintifik Dan Pemuliharaan Geopark Lenggong

Terima kasih kepada Jabatan Mineral Dan Galian Perak kerana telah memperuntukkan RM20 000 bagi menaiktaraf kawasan ini.

Saya bersama dengan Pegawai JMG Perak, Penghulu Mukim Lenggong, Penghulu Mukim Temelong, Kepimpinan Kg Chepor mengadakan lawatan ke Telaga Biru Kg Chepor Lenggong.

Saya bersetuju meluluskan peruntukan tambahan untuk membina Pagar Keliling Telaga Biru, Membina dataran kejap, tar jalan masuk dan menanam pokok supaya (landskap) supaya kawasan ini menjadi menarik dan dikunjungi pelancong.

Saya yakin kawasan ini akan mampu menarik ramai pelancong selepas ini.

#parlimenlenggong #akisgallery #geopark #teamDSAN #pelancongan #rumahtiang16 #persatuankomunitipelancongan76lenggong #geopark #leadlenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help