Dalam usaha merealisasikan GeoSchool Menteri Pendidkan mengambil peluang untuk melawat kawasan bersejarah itu.
“Hari ini Menteri Pendidikan ke SK Raban Lenggong melihat bagaimana aktiviti Geoschool yang dibangunkan di Lenggong dibawah Program Geokomuniti Lenggong Geopark yang modulnya dibangunkan oleh Pensyarah UKM dan JMG Perak dengan sokongan Badan Pengurusan Lemggong Geopark Dan Majlis Pelancongan Lenggong.”
“Selain itu beliau turut melawat Geotrill Tasek Raban Kg Beng. Beliau melawat Galeri Lenggong Geopark dan Muzium Arkiologi Lembah Lenggong.”
Kemudian di Tasek Sendarhalu beliau melihat demonstrasi Masakan Kabebe dan menjamu selera Makanan Tradisional Lenggong yang disediakan oleh DAPUR WARISAN Kg Luat Lenggong.



