Galeri Lenggong Geopark

July 3, 2021

Galeri Lenggong Geopark akan menjadi pusat maklumat utama yang mempamerkan idea dan konsep mengenai apa itu Lenggong Geopark dan maklumat asas dan daya tarikan dalam bahasa awam untuk membolehkan pelancong memahami dan merancang lawatan ke destinasi menarik di dalam geopark.

Kewujudan Galeri Lenggong Geopark mempunyai matlamat tersendiri antaranya sebagai tempat maklumat pendidikan awam mengenai wawasan geopark. Galeri Lenggong Geopark juga akan mempamerkan keistimewaan Lenggong Geopark, ia juga akan mempamerkan sejarah bumi dan kehidupan termasuk tamadun manusia purba di Lenggong. Paling penting maklumat mengenai 27 geotapak di Geopark Lenggong akan menjadi daya tarikan berasaskan geopelancongan kita harapa ia mampu menjadi tarikan pelancong ke Lenggong.

Galeri LENGGONG GEOPARK dibina oleh Kementerian Tenaga & Sumber Asli melalui kerjasama dengan Yayasan Al Bukhary yang menyumbang RM 2 Juta bagi pelaksanaan projek ini yang akan siap akhir 2021.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help