Galeri Lenggong Geopark Di Kota Tampan Lenggong
September 30, 2020
Sebagaimana yang saya umumkan ketika saya merasmikan Seminar GEOPARK LENGGONG. Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) melalui sumbangan Yayasan Al Bukhary. KeTSA akan membangunkan Galeri Lenggong Geopark di Kota Tampan Lenggong. Mengikut perancangan 2021 Lenggong akan diiktiraf Geopark Kebangsaan dan 2025 Lenggong Geopark Global.
Terima kasih pegawai saya dari KeTSA yang telah bersama pegawai dari pelbagai pihak berkaitan melawat tapak dan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh SUB (PK) Kewangan KeTDA pada pagi ini 27/9/2020 di Lenggong, Perak. Semoga ia menjadi satu lagi mercu tanda di Lenggong.
#lenggonggeopark #lenggong #ketsa