Galeri Lenggong Geopark

April 8, 2023

Mercu tanda baru Lenggong. Satu lagi destinasi pelancongan di Lenggong.

Pembangunan Galeri Geopark Lenggong, Perak, dilihat mampu menjadikan Lenggong dan Perak sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Saya mengusahakan pembinaan ini sewaktu menjadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Saya yakin projek seumpama itu dapat mengeratkan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak dalam menjayakan konsep geopark di Lenggong.

Berikutan itu kerajaan menerusi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ketika itu, memperuntukkan RM4 juta dalam Rancangan Malaysia ke-12 bagi pembangunan Lenggong Geopark Kebangsan.

“Saya berharap agar masyarakat tempatan di kawasan Lenggong ini dapat mengambil peluang pewujudan Geopark Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan untuk terlibat secara langsung dalam kegiatan ekonomi bagi merancakkan lagi pembangunan di Lenggong di samping untuk kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi kepada generasi akan datang.

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Galeri Geopark Lenggong dilakukan oleh Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Mac 2021 lalu.

Majlis pecah tanah ini diadakan sebagai platform promosi Galeri Geopark Lenggong di mana bangunan sedia ada diubah suai dan dinaik taraf untuk menjadi galeri. Ia akan dipenuhi dengan maklumat mengenai kepelbagaian geologi, arkeologi, sejarah dan budaya tempatan yang dapat diterokai di Lembah Lenggong.

Galeri itu juga akan menjadi pusat maklumat yang dapat menarik lebih banyak pelancong dari luar ke Daerah Lenggong seterusnya memberi peluang kepada masyarakat Lenggong untuk meneroka peluang ekonomi.

Pemilihan Lembah Lenggong sebagai kawasan yang dicadangkan sebagai Geopark Kebangsaan adalah inisiatif Kerajaan Pusat melalui KeTSA dalam meningkatkan industri pelancongan negara serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi masyarakat, khususnya di Daerah Lenggong.

Hampir 30 geotapak berpotensi tinggi yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai daya tarikan pelancong di Geopark Kebangsaan ini, termasuklah tapak geoarkeologi sedia ada yang telah diisytiharkan sebagai dalam kawasan Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO semenjak tahun 2012 lagi.

Kita sedang bergerak ke arah Lenggong UNESCO Global Geopark.

Jawatankuasa Induk Lenggong Geopark dibawah Pegawai Daerah Hulu Perak mengetuai pasukan membangunkan Lenggong Geopark.

Semoga Lenggong terus di kenali seluruh dunia.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help