Galeri Kg Beng Salah Satu Projek Kg Angkat Madani KDN

August 27, 2025

GALERI KAMPONG BENG yang terletak di Lenggong Perak merupakan satu daripada projek yang dibangunkan melalui Projek Kg Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri ( KDN ).

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah Galeri Kg Beng Lenggong yang terletak bersebelahan Pondok Polis Kg Beng Lenggong menempatkan pelbagai gambar menarik dan memaparkan destinasi menarik di Lenggong khasnya di Kg Beng Lenggong.

“Pelancong boleh melawat Galeri Kg Beng dengan menghubungi Ketua Kg Beng Lenggong Perak.

“Projek ini dibangunkan oleh KDN dgn Kerjasama Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Pelancongan Lenggong.”

Dalam program seterusnya Shamsul turut hadir ke TapauFest 2025 yang diadakan di Tasek Raban Lenggong.

“Saya bersama Seriausaha Majlis Daerah Lenggong dan Urusetia Tapaufest serta lain lain bertemu dan meninjau aktiviti TAPAUFEST 2025 Lenggong Perak.”

Aktiviti pelancongan TAPAUFEST 2025 Lenggong Perak ini masuk kali ke 3 diadakan dan mendapat penyertaan yang begitu ramai termasuk Filipina, Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam.

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help