Galeri Kampung Beng Jadi Lokasi Majlis Penutup Lawatan Akademi Lenggong Geopark UNESCO
LENGGONG – Lenggong UNESCO Global Geopark membuka ruang seluasnya kepada semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di negara ini untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan Lenggong sebagai “tapak pendidikan terbuka”.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, sempena penganjuran Lawatan Akademi ke kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Program berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pelancongan Lenggong, Badan Pengurusan Lenggong Geopark dan Geokomuniti Lenggong Geopark, dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong, Pejabat Daerah Lenggong serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong.
Majlis penutup Lawatan Akademi diadakan di Galeri Kampung Beng, Lenggong, Perak. Sebelum penyampaian cenderamata, taklimat berkaitan pembangunan Lenggong Geopark turut disampaikan oleh CADO Lenggong.
Matlamat utama penganjuran Lawatan Akademi ini adalah untuk menjadikan kawasan Lenggong UNESCO Global Geopark sebagai “Lenggong Pusat Pendidikan Terbuka”, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai platform pembelajaran dan rujukan berasaskan komuniti.
Lawatan tersebut disertai oleh pelbagai IPTA dan IPTS, iaitu:
1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Sains Malaysia (USM)
5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
10. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
11. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13. Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)
14. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
15. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
16. Universiti Islam Selangor (UIS)
17. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
18. Sunway University
19. Taylor University
20. Quest University

