Galeri Geopark Lenggong Di Kota Tampan
September 6, 2021
Hari ini saya bersama Pengarah JMG Perak, CADO Lenggong, SU Majlis Daerah Lenggong, Wakil Yayasan Al Bukhary, mengadakan lawatan meninjau pelaksanaan pembinaan Galeri Geopark Lenggong.
Dimaklumkan geleri ini dijangka siap November 2021 dan akan menjadi mercu tanda Geopark Lenggong. Galeri ini akan menjadi tarikan kerana akan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan, bahan maklumat, pusat pameran, jualan barangan kraf dan sebagainya.
Alhamdulillah. Ini akan menjadi kawasan tumpuan pelancong di Lembah Lenggong.
#UMNOOnline #teamDSAN #geopark #rumahtiang16 #akisgallery #SayangiLenggong #malaysia #pelancongan #parlimenlenggong