Galak Lebih Banyak Majikan Gaji Bekas Banduan

October 26, 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharapkan lebih banyak majikan di negara ini menggaji bekas banduan bagi memberi peluang kedua kepada mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, beberapa kementerian juga bersama-sama mendukung usaha Jabatan Penjara bagi memberi penekanan kepada golongan seperti ini dengan memberikan peluang pekerjaan.

“Dalam masa sama, ganjaran dan inisiatif dapat dirasai sama oleh pihak majikan.

“Antara agensi yang turut mendukung usaha Jabatan Penjara memberi peluang pekerjaan kepada golongan ini termasuklah Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang), KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan banyak lagi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) mengenai langkah diambil kementerian bagi menarik minat majikan menggajikan pekerja dalam kalangan penghuni penjara selain perancangan menggalakkan mereka bagi mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, Jabatan Penjara juga melaksanakan beberapa siri seminar dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menambah baik serta menggalakkan lebih ramai pihak terbabit dengan program seumpama itu.

Selain itu, katanya, Jabatan Penjara juga menggalakkan lebih ramai penghuni penjara mengikuti program TVET.

Beliau berkata, antara program ini adalah seperti membabitkan kerjasama dengan Malaysia Productivity Corporation dan projek riben kuning.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/10/1169497/galak-lebih-ramai-majikan-gaji-bekas-banduan

Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/10/1023807/lebih-banyak-majikan-diharapkan-gaji-bekas-banduan
Media Perpaduan: https://media-perpaduan.com/2023/10/26/harap-lebih-banyak-majikan-gajikan-bekas-banduan-shamsul-anuar-nasarah/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help