Fun Run Sayangi Lenggong Anjuran Jabatan RELA Malaysia Sempena Karnival Sayangi Lenggong

July 19, 2026

LENGGONG – Program Fun Run Sayangi Lenggong yang dianjurkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) telah diadakan sempena Program KDN Turun Padang dan Karnival Sayangi Lenggong serta Lenggong Dialog 2026 (LD’2026) di Dataran Lenggong.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong berkata, program larian santai tersebut dianjurkan oleh Jabatan RELA Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh RELA Lenggong serta RELA Perak.

Beliau berkata, penganjuran Fun Run tersebut merupakan salah satu acara yang diadakan bagi memeriahkan Karnival Sayangi Lenggong sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Program Fun Run Sayangi Lenggong turut menjadi platform kepada anggota RELA serta orang awam untuk berinteraksi dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan menerusi aktiviti sukan.

Karnival Sayangi Lenggong 2026 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Julai turut menampilkan pelbagai aktiviti lain termasuk pertandingan nasyid secara terbuka serta pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help