FRIM Terima Anugerah Buku Negara 2022 Lata Kekabu Lenggong Permata Yang Tersembunyi

August 23, 2022

Dua buku terbitan FRIM berjudul 📖‘Lata Kekabu, Lenggong Permata Yang Tersembunyi’ dan 📖‘Cantiknya Rotan’ telah menerima Anugerah Buku Negara 2022, masing-masing dalam kategori Buku Umum Terbaik (Ekosistem) dan Buku Umum Terbaik (Penyelidikan).

Kedua-dua anugerah ini telah disampaikan oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Prof. Adjung Universiti Putra Malaysia (#UPM) kepada Dr Ismail Parlan, Ketua Pengarah FRIM dalam Majlis Anugerah Buku Negara 2022 yang diadakan sempena Persidangan Buku Antarabangsa, Ekspo Buku Malaysia dan Forum Kelab Penulis di UPM petang tadi.

Buku ‘Lata Kekabu, Lenggong Permata Yang Tersembunyi’ merupakan hasil penulisan gabungan penjawat awam dari FRIM iaitu Dr Hamdan Omar, Azharizan Mohd Norizan, Wan Mohd. Nafizul Hal-alim Wan Ahmad, Noor Syahirah Zulkefli dan Mohd Erwan Mohd; Mohd Yussainy Md Yusop dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Dato’ Mohamed Zin Yusop dari Jabatan Perhutanan Negeri Perak (Hutan Perak).

Buku yang disunting YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dr Khali Aziz Hamzah dan Dato’ Indera Mohd Ridza Awang ini bertujuan memperkenalkan keunikan serta kepelbagaian biologi yang terdapat di #LataKekabu serta memupuk rasa kecintaan kepada khazanah alam yang berdekatan dengan masyarakat.

Buku ‘Cantiknya Rotan’ mengandungi maklumat umum status industri rotan di Malaysia. Buku ini turut mengetengahkan illustrasi anyaman serta gambar-gambar produk rotan untuk menarik minat masyarakat tempatan terhadap keunikan produk hasil seni tempatan. Buku ini dihasilkan oleh penyelidik FRIM, Dr Hamdan Husain, Muhammad Syamil Kamarulzaman dan Dr Nordahlia Abdullah Siam.

FRIM giat menghasilkan pelbagai bentuk penerbitan seperti buku panduan, artikel jurnal, prosiding, tesis, bab dalam buku, serta artikel teknikal /semi-teknikal/bukan teknikal untuk rujukan komuniti saintifik. Bagi membolehkan maklumat dan penemuan penyelidikan yang dihasilkan oleh FRIM difahami oleh semua lapisan masyarakat, FRIM telah mula menghasilkan penerbitan dalam bentuk bahan bacaan mesra ilmu sejak 2009. Hingga kini, FRIM telah menghasilkan lebih daripada 50 buku mesra ilmu dalam pelbagai topik berkaitan kepelbagaian biologi, perhutanan dan alam sekitar.

#PencapaianFRIM #FRIMCemerlang #FRIMAchievement #FRIMPublications #PenerbitanFRIM #AnugerahBukuNegara

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help