Formula Razifi Banyak Ke Laut – Shamsul Anuar

June 28, 2022

PENGARAH Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menyelar kenyataan Rafizi Ramli yang mendakwa pemimpin UMNO ‘takut’ dengan formula krisis bekalan makanan yang dibentang, baru-baru ini.

Beliau berkata, formula yang dibentang Timbalan Presiden PKR itu ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu banyak yang tidak masuk akal.

“Ramai masih ingat peristiwa menjelang PRU14. Ini lah orangnya (Rafizi Ramli) yang telah menabur janji, mengemukakan formula dan pelbagai cadangan yang ‘banyak ke laut’.

“Ingat tak tol percuma? Ingat tak harga minyak turun? Ingat tak pendidikan percuma? Ingat tak hapus hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?

“Apa jadi semua ‘formula’ dia? cuba anda jawab?,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, Mohd Rafizi menyifatkan tindakan beberapa pemimpin UMNO mengkritik ‘formula’ yang dibentangkannya berhubung krisis bekalan makanan tidak sedikit pun menggentarkannya.

Sebaliknya, beliau menganggap pemimpin UMNO hanya tahu mengkritik dan tidak boleh menerima jalan penyelesaian yang diutarakannya. – Malaysiapost

Sumber: https://malaysiapost.com.my/2022/06/28/formula-razifi-banyak-ke-laut-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help