JulaiRamah Mesra Bersama Rakyat Taiping

July 26, 2020

Politik ini dinamik. Landskapnya sudah berubah. Apa keadaan pun boleh berlaku. Oleh itu, kita mesti bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Dan UMNO BN mesti mencipta kejayaan cemerlang kali ini dan bangkit semula sebagai parti utama dalam negara ini. Jika UMNO BN masih gagal pada PRU15 nanti, ia akan memberikan kesan besar kepada masa depan perjuangan UMNO BN.

Dalam pada itu, UMNO mesti membina kekuatan di semua peringkat kepimpinan parti.

Kekuatan parti tidak boleh dibina hanya oleh pimpinan utama parti sahaja. Ia mesti berlaku di semua peringkat terutama di peringkat akar umbi.

Semua ini penting kerana jika kita kuat di akar umbi, ia dengan sendiri nya akan memberikan kekuatan dan kelebihan kepada UMNO BN. Namun semua mesti bertanggungjawab.

Paling utama, semua perlu focus. Kita mesti letakkan kepentingan parti sebagai Keutamaan.

Petang tadi saya berada bersama kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Warung Mee Udang Mak Teh Kuala Sepetang. Bersama saya dalam Majlis ini ialah YB Kamarudin Abu Bakar ADUN Kuala Sepatang, YB Saidi Mohd Daud.

ADUN CHANGKAT Jering, YB Cikgu Mohd Noor Dawod ADUN Selinsing dan pimpinan yang lain. Turut bersama ialah penduduk sekitar.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

#lenggong #KETSA #gerik #mn #umnobn #mn #gerik

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links