Fasa 1 Selesai Kini Fasa 2 Diteruskan Demi Generasi Muda – Shamsul

January 5, 2026

Usaha memberikan yang terbaik kepada generasi muda di Kampung Ganda Temenggor terus dipergiatkan. Menurut Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, selepas kejayaan pelaksanaan Fasa 1 pada tahun 2025, kini tumpuan diberikan kepada penambahbaikan menerusi Fasa 2 pada tahun 2026.

“Fasa 1 melibatkan ubah suai Dewan Besar, Dewan Kayu dan Padang Futsal Kampung Ganda Temenggor telah sempurna dilaksanakan. Pada tahun 2026, beberapa lagi pembangunan Fasa 2 akan saya laksanakan di kawasan ini bagi membolehkan Kampung Ganda Temenggor menjadi Pusat Kegiatan Masyarakat, khususnya memenuhi keperluan generasi muda di sini,” ujar beliau.

Antara pembangunan yang akan dilaksanakan termasuk bilik komputer, bilik siber, gelanggang serbaguna serta landskap yang akan menjadi sebahagian daripada pembangunan di Padang Awam Kampung Ganda Temenggor.

Beliau turut merasmikan Sukan Rakyat Kampung Ganda Temenggor, Gerik pada 25 Disember 2025, jam 10.00 pagi di Padang Awam Kampung Ganda Temenggor. Turut hadir bersama beliau ialah Cikgu Aida, Pegawai Khas YAB Menteri Besar, serta pimpinan Kampung Ganda Temenggor, Gerik.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help