BeritaEkopelancongan Hutan Jana Pendapatan Lebih Tinggi

April 10, 2021
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2021/04/170586169_4046534035368493_4337394756597951170_n-1280x720.jpg

BACHOK – Kawasan hutan di negara ini dilihat berpotensi menjadi industri ekopelancongan sekaligus mampu menjana pendapatan lebih tinggi berbanding aktiviti pembalakan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kegiatan dalam ekopelancongan dilihat berjaya sekali gus mampu mengurangkan kebergantungan sumber pendapatan menerusi aktiviti pembalakan semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memberi galakan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan ekopelancongan hutan. Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan kebergantungan hasil negeri melalui aktiviti pembakalan hutan semata-mata.

“Kerajaan serius dalam menggerakkan usaha ini dan kita berharap pihak kerajaan negeri dan swasta dapat memberikan sokongan untuk membangunkan ekopelancongan di kawasan hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Penanaman Pesisiran Pantai dan Kempen Penanaman 100 juta pokok di Pantai Senok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar memberitahu, kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memantau aktiviti pembakalan haram di hutan simpan. K! ONLINE.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2021/04/09/ekopelancongan-hutan-jana-pendapatan-lebih-tinggi/

Berita RTM: https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/26752-jana-pendapatan-negeri-menerusi-ekopelancongan-hutan

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links