Edaran Bubur Lambuk Semarakkan Ramadan Di Gerik

March 9, 2026

LENGGONG – Program edaran Bubur Lambuk Sayangi Lenggong anjuran Pejabat YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan di beberapa lokasi sekitar Gerik hari ini. Antara lokasi yang terlibat ialah Pekan Gerik, Kampung Ulu Kenderong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Kakitangan pejabat beliau yang diketuai oleh Setiausaha Sulit, Solihin Abdul Majid, telah turun padang bagi mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat. Kehadiran kakitangan pejabat YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di lokasi-lokasi terpilih turut memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk, bertanya khabar serta memahami keperluan komuniti.

Penduduk yang menerima bubur lambuk menyambut baik usaha ini dan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan serta komitmen berterusan pihak pejabat YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam menjaga kebajikan masyarakat. Mereka berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkukuh perpaduan dan semangat gotong-royong dalam komuniti.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help