Duit Raya Pelajar Sekolah Parlimen Lenggong

May 13, 2021

(Melibatkan 6832 pelajar sekolah Menengah, Sekolah Rendah, TABIKA KEMAS Parlimen Lenggong)

Setiap kali Aidil Fitri, kanak kanak akan mengunjungi rumah saya berhari raya. Kebiasannya tidak kurang 4 atau 5 hari mereka datang. Itulah kebiasannya.

Kemeriahan akan lebih terasa apabila RUMAH TERBUKA AIDIL Fitri Parlimen Lenggong yang saya adakan. Meriah dengan Upih Ipin. Ribuan tetamu termasuk kanak kanak yang datang. Semua ini saya lakukan sejak saya menjadi Ahli Parlimen Lenggong lagi (2008).

Namun sejak 2020. Kemeriahan itu hilang kerana Pendemik Covid 19. Semua pasti ada hikmahnya. Demi kesihatan dan keselamatan. Kita mesti patuhinya.

Cuma kali ini. Saya berikan DUIT RAYA kepada 6832 anak anak sekolah di Parlimen Lenggong untuk sedikit mengembirakan hati mereka. Sebagai ganti kerana saya tidak boleh melaksanakan acara meraikan mereka.

Sebenarnya saya, sendiri terasa “kesunyian ” kali ini kerana setiap tahun saya dapat melaksanakan acara untuk mengembirakan mereka.

Insyallah bila keadaan pulih semula. Kita adakan semula. Oleh itu mari kita tamatkan Pendemik Covid 19 dengan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Terima kasih Pengetua dan Guru Guru Besar Sekolah kerana membantu.

#parlimenlenggong #SayangiLenggong #teamDSAN #geopark #kitalawancovid19 #rumahtiang16 #akisgallery

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help