Dr. Mahathir, Anwar Bukan Pilihan Terbaik Untuk Malaysia

August 28, 2022

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pilihan terbaik untuk memimpin negara.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, selama berpuluh tahun Dr. Mahathir menyebabkan negara ini bercelaru dan keadaan diburukkan lagi oleh Anwar.

Beliau mendakwa, kerana mereka, negara menjadi tidak stabil, ekonomi dirosakkan, politik berkecamuk dan pelbagai agensi penguatkuasaan dan sistem keadilan diganggu.

“Semua ini mesti dihentikan. Malaysia mesti kembali diyakini. Kestabilan perlu diwujudkan.

“Maka, sampai masanya rakyat Malaysia menolak mereka. Kita mahu membawa Malaysia bergerak ke hadapan. Kita mesti membina Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu meminta rakyat merenung kehidupan mereka selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ia mesti menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia. Mereka mesti ditolak,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/28/dr-mahathir-anwar-bukan-pilihan-terbaik-untuk-malaysia/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links