JanuariDiskusi Rakyat Di PDM Dindong Kimanis Sabah

January 12, 2020

Dalam program ini tegas berkata :

Kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) musnah jika institusi penting dalam sistem demokrasi negara ini tidak melaksana tanggungjawab sebagaimana diperuntukan dalam undang undang di Pilihanraya Kecil Kimanis ini.

Rakyat dan pelbagai pihak sedang menilai ketelusan SPR memainkan peranannya.

Bermula hari pertama kempen sehingga kini, begitu banyak kesalahan dilakukan oleh parti Kerajaan PH termasuk kementerian dan agensi kerajaan.

Parti Warisan sendiri dilihat melakukan pelbagai perkara yang menyalahi peraturan pilihanraya.

Namun tiada sebarang tindakan dilakukan oleh SPR. Selain sekadar amaran .

Keadaan ini memperlihatkan SPR seolah olah menjadi Institusi yang tidak lagi bebas dan bertindak mengikut arahan Kerajaan PH.

Kita bimbang situasi ini akan menyebabkan keyakinan pelbagai pihak terhadap SPR akan terhakis dan ini akan menyukarkan SPR mengendalikan urusan pilihanraya di negara ini.

Justeru kita minta SPR agar berfungsi sebagai institusi yang benar benar bebas dan telus. Ini penting bagi menjaga keutuhan sistem demokrasi di negara ini.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

#spr
#bersih
#kerajaansepenggal

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links