Diskaun 50 Peratus Bayaran Pajak Tanah Persekutuan

July 19, 2021

KUALA LUMPUR: Semua pemajak tanah Persekutuan dalam sektor yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19 diberikan diskaun bayaran pajakan sebanyak 50 peratus pada tahun ini.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata antara pemajak yang dikenal pasti paling teruk terjejas dan memerlukan masa untuk kembali pulih terdiri daripada sektor pelancongan, perhotelan, penerbangan dan pelabuhan.

Beliau berkata, bagi pemajak yang tidak memenuhi kriteria untuk mendapatkan diskaun, mereka boleh membuat penjadualan semula bayaran serta dikecualikan daripada denda lewat bayar.

Katanya, inisiatif itu adalah pendirian kerajaan yang prihatin dengan beban dihadapi segenap masyarakat dan sektor terbabit ketika penularan COVID-19.

“Kerajaan bersetuju dengan inisiatif membantu pemajak tanah Persekutuan yang terbabit dalam sektor terjejas teruk melalui pemberian diskaun kadar pajakan sebanyak 50 peratus bagi tahun 2021 daripada nilai kadar pajakan tahunan kepada pemajak yang memenuhi kriteria ditetapkan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

“Sekiranya pemajak tidak memenuhi kriteria yang membolehkan pengurangan kadar pajakan diberikan, pemajak boleh mengemukakan permohonan penjadualan semula bayaran pajakan bagi tahun 2021 kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta dikecualikan denda lewat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerajaan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan boleh memajak tanah Persekutuan kepada pihak lain berdasarkan Seksyen 221 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 dengan menandatangani Perjanjian Pajakan mengikut tujuan yang dibenarkan dan dikenakan bayaran pajakan secara tahunan.

Sementara itu, Shamsul Anuar berharap inisiatif itu dapat membantu pemajak menyusun semula aliran tunai mereka.

“Ini bagi mengekalkan perniagaan mereka di atas tanah Persekutuan di samping mengelakkan tanah terbabit terbiar,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/840959/bhplus

Bernama: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1983787
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/07/19/diskaun-50-peratus-bagi-pemajak-tanah-persekutuan-terjejas-covid-19-shamsul-anuar/
Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/732453/diskaun-50-peratus-pemajak-tanah-persekutuan-terjejas
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2021/07/19/pemajak-tanah-persekutuan-dapat-diskaun-50-tahun-ini/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help