Dialog Zon Kenayat Parlimen Lenggong
December 11, 2022
Saya bersama pimpinan UMNO Cawangan 4 peringkat Zon Kenayat bertemu di Kg Tanjung Rambai Gerik.
Biarpun DUN Kenering BN kalah buat pertama kalinya, namun BN akan tetap memberikan perkhidmatan kepada rakyat terutama yang menyokong BN dalam PRU15 lalu.
Keputusan PRU15 akan menjadi pembakar semangat bagi BN Lenggong mendapatkan semula DUN Kenering.
Kami mulai bekerja daripada sekarang.