Program Dialog Usahawan Lenggong

January 7, 2024

PRODUK USAHAWAN LENGGONG AKAN DI TAMBAH NILAI AGAR MAMPU KE PASARAN LEBIH BESAR.

Hari saya hadir dalam program Dialog Usahawan Lenggong. Bersama ialah Pengarah Step Perak, Setkausaha Majlis Daerah Lenggong, dan Ketua atau wakil Jabatan dan agensi yang terlibat.

Seramai 138 orang usahawan dalam pelbagai bidang dalam Kawasan Parlimen Lenggong terlibat dalam sesi DIALOG USAHAWAN LENGGONG.

Dialog dilaksanakan sebagai usaha melengkapkan usahawan Lenggong dalam pelbagai bidang agar bersedia merebut peluang sesuai dengan pembangunan sektor pelancongan di Lenggong.

Lenggong giat berkembang dalam sektor pelancongan selaras Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO dan Lenggong Geopark.

Dianjurkan Pusat Khidmat MP Lenggong, Majlis Daerah Lenggong & Jawatakuasa Geokomuniti Lenggong Geopark dan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan kerajaan persekutuan serta negeri.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help