Demo Masakan Tradisional Lenggong Sempena Lawatan PUSPANITA KDN Ke Kawasan Parlimen Lenggong
Makanan Tradisional Lenggong satu daripada Produk Geofood Lenggong Geopark. Lenggong memiliki pelbagai jenis makanan tradisional yang menjadi satu kemestian untuk dirasai oleh pelancong yang datang ke Lenggong.
Sempena lawatan Puspanita Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) Ke Lenggong rombongan yang di ketuai oleh Penaung Puspanita KDN Isteri Menteri Dalam Negeri ( KDN ) dan Pengerusi Puspanita KDN Isteri Ketua Setiausaha KDN serta rombongan menyaksi serta cuba memasak 4 jenis Makanan Tradisional Lenggong antaranya Kabebe, Ikan Pindang, Gulang Kemahang, Sambal Picit, Air Lawa@Air Sepuh Ikan Bakar, Kerabu Beko dan lain – lain.
Lenggong dikenali antaranya kerana makanan. Ia dibangunkan sebagai satu daripada pakej pelancongan ke kawasan Lenggong Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO.