Demi Rakyat

December 23, 2020

BIL ELEKTRIK TURUN

PURATA TARIF ELEKTRIK ASAS TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) KEKAL BAGI TAHUN 2021 DENGAN REBAT ELEKTRIK 2 SEN SETIAP KILOWATT JAM KEPADA SEMUA PENGGUNA
BAGI TEMPOH 1 JANUARI HINGGA 30 JUN 2021

PUTRAJAYA,

23 DISEMBER 2020 – Kerajaan telah bersetuju untuk mengekalkan purata tarif asas TNB pada kadar 39.45 sen/kWj bagi tahun 2021 dan memberikan rebat sebanyak 2 sen/kWj kepada semua pemilik akaun TNB bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2021. Rebat yang pertama kali dinikmati sejak Julai tahun 2018 ini akan dinikmati oleh semua pengguna elektrik TNB, domestik dan bukan domestik.
Langkah ini diambil berikutan keputusan Kerajaan untuk melanjutkan tempoh Regulatori Kedua TNB di bawah mekanisme Incentive Based Regulation (IBR) sehingga 31 Disember 2021. Kerajaan juga bersetuju untuk melepaskan penjimatan kos bahan api kepada semua pengguna TNB berikutan penurunan harga bahan api arang batu dan gas pada separuh tahun kedua 2020 selaras dengan pelaksanaan mekanisme Imbalance Cost Pass Through (ICPT) bagi tempoh 1 Januari hingga 30
Jun 2021.

Dengan pemberian rebat sebanyak 2 sen/kWj ini, seramai 7.5 juta pengguna domestik akan mengalami penurunan bil elektrik di antara
3.6% hingga 9.2%. Pengguna komersial pula akan mengalami penurunan bil elektrik di antara 4.0% hingga 5.2% manakala bil elektrik bagi pengguna industri pula akan menurun di antara 4.6% hingga
6.1%. Kerajaaan berharap agar pemberian rebat ini dapat membantumeringankan kos sara hidup rakyat serta menurunkan kos menjalankan perniagaan yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid 19.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARH
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
23 Disember 2020

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help