Dangau Mak Ani
November 3, 2023
Makanan memang best
“DANGAU MAK ANI”
Hari berpeluang ke DANGAU MAK ANI. Sambil menjamu selera, sempat bersembang dengannya bersama pimpinan Kg Chepor Lenggong.
Mak Ani maklumkan tempahan cukup banyak. Ramai yang datang. Jadi perlu dibesarkan DANGAU MAK ANI. Cuma Mak Ani mahu konsepnya tetap sama “Dangau”.
Insyallah, Saya luluskan peruntukan untuk besarkan DANGAU MAK ANI dan ditambah beberapa keperluan yang diperlukan.
Semua ini penting kerana ia sebahagian usaha membangunkan Usahawan Pelancongan sesuai LENGGONG GEOPARK dan LENGGONG TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO.