Cukup-Cukuplah Tun Buat Huru-Hara Dalam Negara

April 8, 2022

KUALA LUMPUR: Rakyat hari ini tidak perlu lagi dimomokkan dengan ketakutan yang sengaja dicipta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa rakyat sudah letih dan mual dengan cara politik Dr Mahathir dan negara hari ini perlu melangkah dengan baik ke depan untuk menghadapi segala cabaran.

“Berehatlah Tun…Cukup-cukuplah. Sebaiknya dibulan mulia ni kita berdoalah sesama kita agar Allah berikan kebaikan dan diterima amal ibadat kita.

“Rakyat Malaysia pun dah letih dengan cara politik Tun. Malaysia perlu bergerak ke depan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata beliau lagi fokus negara juga telah pun tersasar dan berbanding dengan negara lain, Malaysia perlu beralih dan fokus untuk kepentingan semua pihak.

“Fokus Malaysia sudah jauh tersasar. Malaysia ketinggalan sekarang. Tun rehatlah.

“1982 – 2022 lama sangat dah Tun. Beri peluang orang lain pula menguruskan negara ini,” tambahnya.

Sumber: https://therakyatinsight.com/cukup-cukuplah-tun-buat-huru-hara-dalam-negara/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links