Ceramah Pilihanraya Di DUN Bukit Pasir

July 7, 2026

JOHOR – Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, menyeru rakyat agar tidak memilih parti yang hanya berjanji tetapi gagal menunaikan janji tersebut kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pilihanraya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Johor pada jam 9.30 malam Sabtu sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Jangan pilih parti yang suka berjanji tetapi tidak menunaikan janji,” tegas Yang Berhormat Timbalan Menteri di hadapan hadirin yang memenuhi ceramah tersebut.

Beliau menegaskan rakyat perlu bijak menilai rekod prestasi setiap parti sebelum mengundi dan tidak mudah terpedaya dengan janji manis yang akhirnya tidak ditunaikan.

Ceramah di DUN Bukit Pasir merupakan antara siri ceramah kempen PRN Johor yang disertai oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada hari tersebut, selepas lebih awal turut hadir bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional, di Johor pada petang yang sama.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help