Ceramah Pilihanraya Di Dewan Undangan Negeri N20 Labu

July 24, 2026

LABU — Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyatakan keyakinan bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihanraya negeri Negeri Sembilan akan menghasilkan sebuah kerajaan negeri yang stabil dan berpaksikan kepentingan rakyat pelbagai kaum.

Berucap pada majlis ceramah pilihanraya di Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Labu pada Rabu malam, beliau menjelaskan bahawa kerjasama tersebut bukan bermaksud penggabungan kedua-dua gabungan itu menjadi satu parti, sebaliknya ia bertujuan memastikan kerajaan yang dibentuk memperolehi majoriti yang kukuh.

“BN di pilihanraya ini hanya bekerjasama dengan PN bagi membolehkan kita mengambil alih Kerajaan Negeri Sembilan agar kerajaan yang dibentuk nanti memperolehi majoriti yang kuat dan akhirnya mampu mewujudkan kestabilan demi kepentingan rakyat pelbagai kaum dalam negeri ini,” kata beliau.

Beliau turut menjelaskan bahawa kedua-dua gabungan tersebut bersifat inklusif dan mewakili kepentingan semua kaum. BN, katanya, merupakan gabungan yang dianggotai parti komponen daripada pelbagai kaum, manakala PN turut terdiri daripada PAS, Parti Wawasan yang bersifat pelbagai kaum, Parti Gerakan, serta parti komponen yang mewakili masyarakat India.

“Yakin dan percayalah. Kerjasama BN dan PN akan nikmatnya diperolehi oleh semua kaum,” tegas Ahli Parlimen Lenggong itu.

Shamsul Anuar hadir di DUN N20 Labu selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Ceramah Perdana Barisan Nasional di DUN N10 Nilai pada malam yang sama.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Puteri UMNO Malaysia, calon BN bagi DUN N20 Labu, Ketua UMNO Bahagian Rasah, Naib Ketua UMNO Bahagian, Yang Dipertua PAS Rasah, Ketua Wawasan Rasah serta Dato’ Razli Ibrahim.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help