Ceramah ” Pentas Pemuda ” Sempena Sambutan 60 Tahun PAS Kawasan Jerai Kedah
” Lebih 60 tahun BN UMNO memerintah. Bila UMNO hilang kuasa. Kita hilang segalanya. Namun percayalah, semua ini ujian Allah supaya kita bermuhasabah dan melakukan pembetulan.
Biarpun begitu, Allah lebih mengetahui. Walau UMNO hilang kuasa, kehilangan itu Allah ganti dengan sesuatu yang lebih berharga. Allah satukan UMNO dan PAS dalam bentuk muafakat yang begitu baik.
Inilah nikmat yang semestinya kita syukuri dan hargai. Percayalah jika kita terus pandang kehadapan dan melupakan kisah lama antara UMNO dan PAS. Kita akan jadi parti yang hebat.
Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS bersama rakan rakan parti lain akan mampu mara ke hadapan. Yakinlah kita mampu mengantikan Pakatan Harapan.”
YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
#pasumno
#kerajaansepenggal