LENGGONG – Pelan Induk Landskap Lenggong yang sedang dirancang dijangka memperkukuh imej Lenggong sebagai destinasi bertaraf dunia, selari dengan dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO yang diterima kawasan ini. Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pelan induk itu merupakan suatu perancangan yang teliti dan disusun mengikut kesesuaian kedudukan Lenggong yang kini berada di persada...





































































































































































