Sekali lagi untuk kali Ke 2 di Lenggong. Kali ini penganjuran lebih meriah dan diberikan jenama baru iaitu KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023. Kali pertama diadakan melibatkan penyertaan 30 komuniti dan 1000 peserta pada 2022 dan kali ini sasaran ialah lebih 1500 peserta daripada pelbagai pihak.
Pagi ini saya merasmikan GELANGGANG FUTSAL KG LUAT LENGGONG dan saya juga merasmikan PERTANDINGAN FUTSAL PARLIMEN LENGGONG yang melibat 48 buah Pasukan Futsal dalam Parlimen Lenggong. Saya juga memaklumkan bahawa beberapa Gelanggang Futsal akan dibaik pulih iaitu di Kg Ganda Temenggor Gerik, Kg Rancangan Merah Lenggong, Kg Sumpitan Lenggong, Kg Bukit Sapi Lenggong. Ini diharap...
Terima kasih kepada semua Jawatankuasa & Urusetia JAMUAN RAKYAT Aidilfitri Parlimen Lenggong.
Sudah lebih 10 tahun UPIN IPIN memeriahkan JAMUAN RAKYAT Aidilfitri Parlimen Lenggong. Dan menjadi tradisi serta dinanti oleh kanak-kanak. Kemeriahan JAMUAN RAKYAT Aidilfitri Parlimen Lenggong turut diserikan dengan acara hiburan yang lain. Kali ini KONVO PDRM dari Bukit Aman Kuala Lumpur dan lain-lain. Memang meriah.
Terima kasih team Konvoi Motosikal yang turut memeriahkan JAMUAN RAKYAT Aidilfitri Parlimen Lenggong. Lebih 500 buah motosikal menyertai konvoi mengiringi YAB Menteri Besar Perak.