Saya bersama penduduk Perumahan Taman Kota Tampan Lenggong mengadakan Majlis Tahlil Dan Doa Selamat bagi menyambut Ramadan 2022 ini. Semoga Allah berikan kita peluang meningkatkan amalan Ibadat kita di Ramadhan ini. Insyallah.
Saya bersama penduduk Perumahan Taman Kota Tampan Lenggong mengadakan Majlis Tahlil Dan Doa Selamat bagi menyambut Ramadan 2022 ini. Semoga Allah berikan kita peluang meningkatkan amalan Ibadat kita di Ramadhan ini. Insyallah.
Hari ini saya merasmikan Menara Tinjau Jeti Nelayan Kg Chepor. Saya rasa gembira kerana DS Orang Besar Jajahan Hulu Perak dan Datin Seri turun bersama. Ramai Ketua Ketua Jabatan yang hadir. Terima kasih En Jazuli Ibrahim Penghulu Mukim Temelong yang menguruskannya. Jeti ini akan terus dibangunkan dengan konsep Buluh dan ada beberapa lagi yang masih...
Saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2022 di Pusat Khidmat MP Lenggong. Kepada yang suka makanan tradisional jangan lupa datang ke Lenggong Julai nanti. Kita sediakan pelbagai jenis makanan tradisional Lenggong yang pasti enak dan menyelerakan. Secara percuma. Pelbagai acara menarik akan diadakan. Ini siri ke-6 telah diadakan oleh Pusat Khidmat MP...
Saya merasmikan mesyuarat agung PERSATUAN VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (CAWANGAN KENERING) Di Dewan Terbuka Arena Square Amanjaya Lawin Lenggong, Perak.
Saya hari ini merasmikan Kejohanan MOBILE LEGEND Tertutup Parlimen Lenggong 2022 di Dewan Merdeka Lenggong. Kejohanan ini menarik minat ramai anak muda Lenggong dimana penyertaan melibatkan 25 pasukan terdiri daripada golongan muda. Turut bersama saya pagi ini ialah Tuan Haji Amir Bin Dato Talha Setiausaha UMNO Lenggong, Saudara Mohamad Hamidi Bin Baharuddin Ketua Pemuda UMNO...
BN Lenggong sejak dulu sentiasa membuat persiapan awal menghadapi PRU. Alhamdulillah rakyat Lenggong terus menyokong dan BN Lenggong kekal mempertahankan Kawasan Lenggong. Hari ini selaku Pengarah Bilik Gerakan BN Lenggong, saya menyampaikan taklimat dalam BENGKEL KHAS PILIHANRAYA BARISAN NASIONAL LENGGONG di Kompleks KEMAS Lenggong. BENGKEL KHAS BN Lenggong dilaksanakan dengan melibatkan semua tenaga utama BN...
Saya meninjau perkembangan projek naik taraf beberapa kemudahan di kawasan ini untuk tujuan agropelancongan. Sedang dibina ialah Dewan Pameran, Pondok rehat dan beberapa kemudahan lain.