Calon BN Diingatkan Berhati-Hati Kempen Saat-Saat Akhir

November 17, 2022

LENGGONG, 17 November – Semua calon Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak melakukan perbuatan yang boleh merugikan parti di saat-saat akhir kempen.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata tindakan tersebut boleh dijadikan ‘senjata’ bagi parti lain dan membawa kesan kepada BN.

“Terutama sekali kepada calon-calon baharu mesti benar-benar berhati-hati sebarang kesilapan kecil yang kita lakukan akan dimanipulasi oleh pihak lawan”, katanya kepada media.

Beliau berkata demikian kepada RTM ketika menyantuni penduduk di Pasar Rabu Kampung Luat, Lenggong.

Sumber: https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/pilihan-raya/51265-calon-bn-diingatkan-berhati-hati-kempen-saat-saat-akhir-shamsul-anuar

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help