BN Persoal Tindakan Pengarah Pilihan Raya PAS

June 12, 2022

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor susulan kenyataannya yang dilihat tidak menggambarkan pemimpin bagi sesebuah parti Islam.

Ia susulan Menteri Besar Kedah itu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan perbicaraan kes rasuah bertegas mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal kerana takut dipenjarakan.

Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, keperluan PRU15 disegerakan adalah keputusan UMNO dengan pendirian itu dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Agung Khas UMNO.

Justeru, katanya, UMNO menyerahkan kepada lima teratas bagi membuat keputusan, maka ia memperlihatkan bukan kehendak Presiden UMNO semata-mata.

“Keputusan ini dibuat parti….oleh UMNO. Kita mahu kuasa diberikan semula segera kepada rakyat. Biarlah rakyat pilih parti mana yang akan diberikan mandat melalui proses pilihan raya.

“Kita mesti bentuk kerajaan pilihan rakyat supaya kerajaan itu nanti menjadi kerajaan yang stabil dan kerajaan diyakini pelbagai pihak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Lenggong itu, kerajaan yang stabil sangat penting, malah perlunya pembentukan kerajaan yang dianggotai parti yang sehaluan agar segala dasar, polisi dan agenda negara dapat berfungsi dengan sempurna untuk rakyat serta negara.

Katanya, ini kerana kerajaan yang dianggotai parti berlainan ideologi dan berbeza kepentingan merugikan rakyat serta negara.

“Persoalannya kenapa PAS takut sangat dengan PRU15? Kalaupun tak mahu lagi PRU15 berilah alasan yang menampakkan kematangan sebagai ‘parti yang kononnya membawa imej Islam’.

“Lupakah kita Islam mengajar kita mendoakan kebaikan kepada semua. Macam ini rupanya pemimpin parti Islam?” soalnya. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/06/bn-persoal-tindakan-pengarah-pilihan-raya-pas/

UMNO Online: https://umno-online.my/2022/06/12/negara-perlukan-kerajaan-stabil-dibentuk-atas-pilihan-rakyat/
Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-politik/kenapa-pas-takut-dengan-pru15-shamsul-anuar-365908

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help