BN Lenggong Lakukan Persediaan Awal, Lantik Ketua PDM Seluruh Kawasan

December 16, 2025

Sebagai langkah persediaan awal berdepan dengan pilihan raya umum, Barisan Nasional Lenggong telah melantik ketua PDM bagi seluruh kawasan Lenggong.

Pada Majlis Penyerahan Watikah Ketua-ketua & Pimpinan PDM serta Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Barisan Nasional Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah awal ini diambil kerana menyedari cabaran dunia politik kini sudah berbeza.

“BN LENGGONG telah memulakan langkah kerana menyedari cabaran sudah berbeza dan tidak sama lagi. BN Lenggong juga telah memulakan langkah bersedia. Perlantikan Ketua PDM Seluruh Kawasan Lenggong telah dilakukan”

Majlis penyerahan ini telah diadakan di Dewan Merdeka Lenggong.

Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Saarani Mohamad Pengerusi BN Lenggong dan dihadiri oleh semua pimpinan UMNO Pelbagai peringkat dan wakil MCA Lenggong dan MIC Lenggong.

Pelbagai program disusun dan Program UMNO MASUK KAMPUNG dengan sasaran 1,000 Buah Rumah (termasuk Masyarakat Asli ) akan diadakan bulan ini.

Ia dilakukan oleh Jentera yang telah tersusun dan diselaraskan oleh Bilik Gerakan BN Lenggong yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Dalam majlis ini selain Watikan Perlanrikan Ketua PDM dilancarkan juga Laman Web BN Lenggong www.bnlenggong.com

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help