Barisan Nasional Lenggong akan terus memperkasakan kedudukannya dalam kalangan rakyat.
Dan ia haruslah diterjemahkan dalam bentuk kesepakatan dengan pendekatan yang lebih segar dan bertenaga.
Perkara ini dinyatakan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah selepas menghadiri mesyuarat BN Lenggong yang dipengerusikan Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi BN Lenggong yang diadakan di Kediaman MB Perak itu.
” Bilik Gerakan BN Lenggong terus melaksanakan kegiatan melalui strategi baru yang dirancang sesuai dengan perubahan landskap politik yang berlaku. Kami meletakkan parti dan rakyat sebagai keutamaan.
“Kelebihan yang dimiliki BN Lenggong yang sentiasa bersepakat akan diperkukuhan lagi dengan pendekatan yang lebih segar dan bertenaga.
“Semua telah ditentukan peranan, kami tidak mahu hanya berbincang dibilik mesyuarat kerana yang penting kerja dilapangan melalui pelbagai pendekatan dan cara.”
Datuk Seri Saarani turut memberikan amanat penting untuk dibincangkan bersama sebagai langkah bagi memastikan Lenggong kekal milik BN.
“Hari ini YAB DS Saarani Mohamad selaku Pengerusi BN Lenggong memberikan amanat penting dan kami berbincang pelbagai perkara supaya Lenggong kekal milik BN.”
Semua Jawatankuasa Biro Politik UMNO Bahagian Lenggong, MCA Bahagian Lenggong dan MIC Bahagian Lenggong hadir dalam mesyuarat ini.



