BN Kekal Pilihan Terbaik Rakyat Negeri Sembilan

July 24, 2026

NILAI – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) kekal sebagai pilihan terbaik bagi rakyat Negeri Sembilan memandangkan rekod kukuh gabungan tersebut dalam memperjuangkan kepentingan semua kaum secara adil dan saksama.

Berucap pada Majlis Ceramah Perdana Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Nilai, Negeri Sembilan pada malam Rabu, beliau menekankan bahawa BN merupakan gabungan parti berbilang kaum yang diasaskan atas prinsip perkongsian kuasa antara parti-parti yang mewakili komuniti berbeza di negara ini.

“Barisan Nasional punyai rekod dan berjaya memperjuangkan kepentingan semua kaum secara adil sesuai dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” tegas beliau.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, pendekatan perkongsian kuasa yang diamalkan BN sejak penubuhannya telah terbukti berkesan dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Justeru, beliau menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada BN sebagai gabungan yang benar-benar memahami dan memperjuangkan aspirasi semua lapisan

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help