BN Kekal Konsisten Utamakan Kepentingan Negara & Rakyat
MELAKA – Kepentingan negara dan rakyat terus menjadi keutamaan Barisan Nasional dalam apa jua keadaan, tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata BN kekal konsisten dengan pendirian tersebut, termasuk dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka.
“Biar apa pun keadaannya, BN kekal konsisten. Kepentingan negara dan rakyat menjadi keutamaan,” katanya.
Beliau menyatakan pendirian itu menerusi perkongsian berhubung Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN untuk PRN Melaka.

