Bicara Agama Parlimen Lenggong Di Kg Gua Badak

November 10, 2025

LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Nasarah meneruskan acara tradisi dengan menganjurkan Kuliah Maghrib di Masjid Rahmaniah, Kampung Gua Badak. Pada kali ini, kuliah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama dari Pejabat Agama Daerah Kecil Lenggong.

Program keagamaan ini mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat dan menjadi platform untuk memperkukuhkan budaya ilmu serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat. Kuliah Maghrib ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Shamsul Nasarah dalam usaha memupuk nilai keagamaan dan perpaduan di kawasan Parlimen Lenggong.

Shamsul Nasarah menzahirkan penghargaan kepada semua yang hadir dan berharap agar tradisi ini dapat diteruskan demi manfaat bersama seluruh komuniti Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help