Lain-LainBiarlah Anwar Dengan Mimpi, Strateginya Mudah Dibaca

September 23, 20200

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sekadar mahu menimbulkan semula nama dan partinya yang tenggelam dengan membuat dakwaan kononnya mempunyai majoriti kukuh untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya membuat spekulasi sama seperti yang berlaku pada 16 September 2008.

Ingat tidak peristiwa 16 September 2008? Kali ini buat spekulasi lagi. Apatah lagi nama dan partinya terus tenggelam ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya rasa elok semua jentera Barisan Nasional (BN) terus fokus dan tumpukan usaha untuk memenangi semua kerusi yang ditandingi. Dan kita kalahkan WARISAN terutama PKR di PRN Sabah. Biarkan Anwar terus dengan mimpi dan strategi beliau yang mudah dibaca,” katanya menerusi Facebook.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pula berkata tiada apa yang tumbang atau jatuh.

Ciapan ringkas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Twitter dipercayai merujuk dakwaan Anwar.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” katanya.

Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan turut membuat ciapan serupa berhubung perkembangan itu.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Saya berada dalam mesyuarat (Jemaah Menteri), sibuk merancang demi rakyat bersama Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin),” katanya.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pula sekadar memaparkan ’emoji’ bersama gambar sidang media oleh Anwar.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media sebentar tadi mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan untuk menubuhkan kerajaan.

Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun enggan mendedahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Anwar berkata, beliau sudah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi semalam, namun terpaksa ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Leave a Reply

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links